Mega 3

RM25.00

Penghantaran PERCUMA.
*Sementara stok masih ada...

Dapatkan kebaikan dari khazanah lautan! 

Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain. Keunggulan produk ini:



1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi

2. Mengandungi protein yang berkualiti

3. Lebih mudah diserap oleh badan

4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung

5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Scomber scombrus

2.Mallotus villosus

3. Clupea harengus

4. Engraulis ringens

Dos :

Umur di bawah 3 tahun : 2 kapsul sehari

Umur 3 hingga 7 tahun : 3 kapsul sehari

umur 7 tahun ke atas : 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam
.

Omega 3

Harga : RM 30.00

Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. 


Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi. EPA dapat mencegah kadar kolestrol yang berlebihan, stress yang berlebihan:

DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega3 Softgel adalah :

1. Mencegah penyakit kulit

2. Mencegah migrain, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

Produk ini sesuai diamalkan oleh mereka yang berumur 40 tahun ke atas atau mereka yang sudah ada penyakit kronik popular masakini.

Komposisi (60 biji per botol) :

Setiap softgel 500 mg mengandungi 18%EPA dan 12%DHA

Dos : Amalkan 2 softgel pagi, 2 waktu tengahari dan 2 waktu malam.
.

Radix (Kapsul)

Harga : RM 24.00

Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan.
 
Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lelaki. Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.

Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal.

Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.

Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit tertentu sekiranya disinergikan bersama Pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Ardisia Crispa
2. Cinnamomum Iners
3. Morinda Eliptica
4. Eurycoma Longifolia
5. Smilax Myositiflora
6. Alyxia Reinwardtii
7. Alyxia Indica
8. Freycinetia Malaccencis

Dos : 2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi.
.

Herba Tuju Angin

Harga :  RM 22.00
 
Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan.

Manfaat herba ini:

1. Mengatasi perut kembung

2. Menghilangkan rheumatik

3. Mengatasi migrain

4. Mengatasi maag/gastrik

5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari

7. Hilang selera makan


Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti:

1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual

2. Angin Darah: emosi dan cepat marah

3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.


Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.


Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Cinnamomum Iners

2. Vitex Pubescens

3. Micromelium Pubescens

4. Morinda Eliptica


Dos : Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.
  


Tablet kalsium (Oleh Ismail bin Ahmad)
Pada pandangan saya pengambilan kalsium khususnya untuk masalah asteoporosis boleh menambah parah keaadaan itu.Ini kerana kalsium yang diambil sukar diserap tanpa bantuan beberapa vitamin dan mineral yang lain.Calsium mestilah diambil bersama magnesium dan vitamin D.Pengambilan kalsium yang tinggi juga menyekat penyerapan zink.Oleh sebab itu sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.

Mari kita buat satu kajian siapakah yang lebih cepat terkesan antara pengguna calsium tablet dengan pengguna herba tuju angin HPA.Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin(HTA). HTA mempunyai kalsium,magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang ujud dalam bentuk mineral surih.
InsyaAllah kenapa kita tidak memberikan kepada ibu-ibu kita dengan HTA?.
.

Radix Cereal

Harga : RM 19.00


Kandungan Utama:

1. Gula Perang
2. Oat Segera
3. Garam Bukit
4. Kacang Soya
5. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)
6. Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla)
7. Halban (Vitex Pubescen)
8. Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca)
9. Mengkudu Hutan (Morinda Eliptica)
10. Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
11. Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)


Khasiat:

1. Mengandungi khasiat tujuh sinergi herba yang memperbaiki kesihatan.
2. Membekalkan tenaga dengan segera.
3. Pengamalan yang berterusan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
4. Oat merupakan sumber utama diet fiber – dengan kadar 55% fiber larut dan 45% fiber tak larut.
5. Oat terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.
6. Oat juga mengandungi vitamin B1 yang tinggi – diperlukan tubuh untuk metabolisma karbohidrat.
7. Bagi setiap gram, oat memberikan protein, kalsium, besi, magnesium, zink, kuprum, mangan, tiamin dan vitamin E.
8. Asid amino yang seimbang dalam oat membantu meningkatkan fungsi tubuh.
9. Oat bersifat rendah lemak secara semulajadi.
10. Lipid yang hadir dalam oat terdiri daripada asid lemak yang penting.
11. Oat juga adalah sumber bagi selenium.
12. Garam bukit secara semulajadi membekalkan mineral dalam tubuh.


Penggunaan:

1. Tuang kandungan sachet ke dalam mug dan tambahkan air panas secukupnya. Kacau dan sedia diminum.
2. Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa.


Kandungan: 20 paket
.

Minuman Roselle

Harga: RM 19.00

Produk Minuman Roselle ini berbentuk teh uncang (35 uncang). Ia menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa iaitu tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Roselle amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.



Khasiat herba Roselle :


1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.


2. Pencegahan Penyakit ‘Silent Killer’. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri.


3. Sebagai Antioksidan. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya penyakit kronik. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan.


4. Demam Panas / Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.


5. Resdung (alergi). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.


6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.


7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.


Komposisi: 35 uncang
.
Photobucket
 
;